Edit Gambar Bahagian 1

Ada diantara kamera yang dibeli turut dibekalkan software untuk edit gambar, namun begitu tidak semua software adalah felksibel. Antara Software yang agak felksibel yang saya pernah temui adalah Canon Utilities ZoomBrowser EX 6.11 version 6.1.1.21, ianya boleh edit Width/Lebar dan Height/Tinggi tetapi tidak boleh edit ppi (pixel per inch @ pixel/inch), ppi telah ditetapkan pada 72ppi sahaja. Kelebihannya yang lain boleh edit saiz gambar WxH (width x height) @ LxT (lebar x tinggi)serta sambil mengeksport gambar tersebut, ia boleh dilakukan pada gambar dalam jumlah yang banyak.
Ianya hanya boleh diperolehi dengan membeli kamera canon.

Berbanding software Xn View yang boleh di download secara percuma dari internet dan ianya juga adalah agak felksibel bagi tujuan edit gambar untuk web/blog, tidak berapa sesuai untuk edit gambar bagi tujuan cetakan. Untuk tujuan edit gambar bagi cetakan lebih elok dapatkan software seperti Photoshop atau lain-lain software berbayar.

penggunaan dokumen ini berdasarkan percubaan yang telah dilakukan keatas gambar bersaiz 2816 pixel x 2112 pixel:

kamera yang digunakan - iaitu compact camera
Jenama: Panasonic
Model: Lumix DMC-FX01
Pixel: 6.0 Megapixels
Saiz gambar:

• 2816 x 2112
• 2048 x 1536
• 1600 x 1200
• 1280 x 960
• 640 x 480

Gambar biasanya diambil pada saiz maksima, sebagai contoh 2816 x 2112 bagi kamera Panasonic Lumix DMC-FX01, ini bertujuan untuk mendapatkan kualiti gambar yang tinggi serta membolehkan gambar dicetak pada saiz 6R kebawah (5R dan juga 4R).

Bersambung...

Bookmark and Share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Blog Template By Trik-tips Blog © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top