Edit Gambar Bahagian 2

Software yang digunakan:

Xn View for Windows 1.96.2 (Jul 2 2009), Libformat Version 5.42

Resize = ubah saiz gambar tanpa memotong mana-mana tepian bahagian gambar
Crop = Potong gambar mengikut saiz standard cetakan (4R,5R...) atau potong gambar untuk mendapatkan mana-mana bahagian
gambar yang diingini.

Rotate gambar (pusing kedudukan gambar menegak/vertical atau memanjang/horizontal): Shift+L atau Shift+R

Pastikan anda simpan gambar asal sekiranya anda ingin mencetak gambar tersebut atau resize gambar kepada saiz dan ppi(pixel per inch) yang berbeza, apabila anda edit gambar asal pastikan anda "save as" bukannya "save". Untuk gambar yang telah diedit dan disimpan/save (bukan gambar asal) anda boleh gunakan "save".

Sebelum resize pastikan anda telah berpuas hati dengan brightness/contrast gambar anda jika tidak anda boleh edit brightness/contrast dll,

menu Image>Adjust>Brightness/Contrast/Gamma/Balance.. atau tekan Shift+E, edit gambar mengikut kehendak anda, kemudian "save as" dan pastikan gambar asal masih disimpan, ini penting sekiranya anda tidak berpuas hati dengan hasil kerja anda dan ingin edit gambar sekali lagi dari mula.

Untuk resize gambar untuk web/blog/pc (bukan untuk cetakan):

Menu image>resize atau Shift+S

Perhatikan pada bahagian bawah windows resize:
1.Keep ratio ditandakan by default, abaikan
2.Keep print tidak ditandakan by default, abaikan
3.Resample ditandakan by default, abaikan
4.Dropdown list Lancos by default, abaikan


Perhatikan pada bahagian tengah windows resize:
1.Print size
- width abaikan (unit inch by default)
- height abaikan (unit inch by default)
- Units 72 (unit pixels/inch default), untuk web/blog/pc - 300ppi untuk cetakan

Perhatikan pada bahagian atas windows resize:
1.Screen Size - cuma ubah nilai pada salah satu setting/tetapan sahaja samada
- Width (Lebar), untuk gambar landscape, tukar nilai kepada yang dikehendaki, untuk gambar potrait biarkan sahaja atau
- Height (tinggi), untuk gambar potrait, tukar nilai kepada yang dikehendaki, untuk gambar landscape biarkan sahaja

Perhatikan pada bahagian atas windows resize:
1.Standard Size - custom, biarkan

Contoh Gambar Landscape yang diambil pada width (pixel) x height (pixel), 2816 x 2112

Untuk paparan web/blog/pc (bukan untuk printing) boleh resize kepada width (pixel) x height (pixel):

800x600
700x525
600x450
500x375
400x300
300x325
200x150
100x75
atau mengikut saiz resolution monitor pc anda sekiranya gambar yang anda edit mahu digunakan sebagai background monitor.

Untuk mengetahui saiz gambar sebenar pada skrin, pastikan anda view gambar pada skala 100%. Perhatian, konfigurasi web/blog biasanya akan resize gambar secara automatik untuk paparan jika saiz gambar terlalu besar sebagai contoh bersaiz gambar 800x800 atau lebih, tertakluk kepada konfigurasi web/blog, manakala konfigurasi pc (background) boleh stretch gambar untuk dimuatkan memenuhi monitor pc tetapi gambar mungkin nampak kembang atau lonjong akibat dari pada kesan stretch tersebut melainkan gambar tersebut telah di crop (bukan resize) mengikut resolusi monitor pc anda.

Contoh Gambar Potrait yang diambil pada lebar/width (pixel) x tinggi/height (pixel), 2816x2112

Menggunakan Xn View bagi paparan web/blog/pc (bukan untuk printing) boleh resize (bukan crop) kepada width (pixel) x height (pixel) atau boleh tukar/terbalikan nilai width dan height jika perlu:

800x1067
700x933
600x800
500x667
400x533
300x400
200x267
100x133

Anda boleh juga menggunakan standard size yang tersedia, boleh diubah setting pada Shift+S

Perhatikan pada bahagian atas windows resize:
1.Standard Size - klik drop down list dan ubah saiz gambar mengikut preset yang disediakan, pilihan dalam unit pixel WxH
atau dalam unit peratus.

Untuk mengetahui saiz gambar sebenar pada skrin, pastikan anda view gambar pada skala 100%. Perhatian, konfigurasi web/blog biasanya akan resize gambar secara automatik untuk paparan jika saiz gambar terlalu besar sebagai contoh bersaiz gambar 800x600 atau lebih, tertakluk kepada konfigurasi web/blog. Untuk view gambar boleh gunakan "mouse wheel" jika ada atau boleh guna fungsi "right click" dan pilih Zoom + atau zoom -, atau "right click" dan pilih menu Zoom > dan pilih nilai zoom yang dikehendaki dalam unit peratus.

Sekiranya anda telah mengubah setting/tetapan Units unit ppi = pixels/inch = pixel per inch semasa resize gambar, anda boleh ubah semula jika anda telah set pada nilai lebih tinggi dari 72 ppi, sekiranya anda telah set pada nilai lebih rendah dari 72 adalah tidak sesuai kerana kualiti gambar telah menjadi terlalu rendah, oleh itu sila edit daripada gambar asal dari mula.

tekan Shift+S , pada windows resize hanya tukar nilai units pada bahagian Print Size kepada 72 pixel/inch, selalunya nilai 72pixel/inch adalah default setting, klik ok, kemudian save as file baru.

Bersambung...

Bookmark and Share

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Powered By Blogger | Blog Template By Trik-tips Blog © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top